MISI, VISI & PIAGAM PELANGGAN


MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan 
Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.



VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera.



PIAGAM PELANGGAN

Kami warga pendidik Sekolah Kebangsaan Ladang Yong Peng dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk:


  • Memastikan semua murid mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan dimulakan

  • Membimbing murid kearah insan yang bersahsiah dan mengamalkan nilai-nilai murni.

  • Memastikan ibu bapa penjaga mendapat maklumat kemajuan/ perkembangan murid selepas 2 minggu ujian / peperiksaan.

  • Memastikan semua ibu bapa/ penjaga mendapat maklumat program / aktiviti pendidikan pembelajaran anaknya dalam tempoh tiga hari sebelum program/aktiviti dijalankan.

  • Memberi peluang dan ruang kepada murid-murid untuk memperkembangkan potensi diri dalam bidang akademik dan kokurikulum.

  • Memastikan semua murid di sekolah ini memperoleh tempat belajar yang kondusif dan selamat sepanjang sesi persekolahan.

  • Memastikan semua guru dan staf mendapat sokongan maklumat yang terkini daripada pihak atasan.

  • Mempertimbangkan semua pandangan dan teguran yang membina daripada semua pihak.

  • Memastikan semua guru dan staf sokongan menikmati kepuasan bekerja dengan kemudahan teknologi terkini dalam usaha yang kondusif.

  • Memberi perkhidmatan yang mesra, prihatin dan efisyen kepada pelanggan yang berurusan dengan kami.

  • Memastikan semua guru dan staf sokongan diberi peluang untuk meningkatkan potensi dalam bidang masing-masing melalui program pembelajaran sepanjang hayat, kursus dan latihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan